Penerbitan Special Force: Anarchy

Syafiq Yusof berkata mengenai drama ini dalam satu temubual bersama Berita Harian:[5]

"Saya dan pasukan produksi mengambil cabaran membuat kelainan dengan mengetengahkan pelakon wanita sebagai watak utama. Inspirasi drama ini diambil menerusi filem arahan saya, KL Special Force pada 2018. Corak persembahan dalam drama ini juga boleh dikatakan lebih kurang dengan filem berkenaan. Bagaimanapun, ia bukanlah siri sambungan. Drama aksi Special Force: Anarchy ini memaparkan aksi kepolisan berbeza jalan cerita. Saya juga memerlukan karakter yang boleh melakukan aksi dan memberikan emosi. Kalau lihat dalam filem, hero sarat dengan babak pergaduhan. Tetapi, kami lakukan pembaharuan jalan cerita dengan mengetengahkan pelakon wanita selaku watak utama. Ini antara kelainan ditonjolkan,".

Berkaitan